Tuesday, November 30, 2010
kadang - kadang aku bertanya ,
KENAPA AKU DILAHIRKAN SEBAGAI SEORANG PEREMPUAN ?
ingin tahu sebabnya ?
aku rasa perempuan sangat cerewet dalam perihal kehidupan .
ingin bermekap la, ingin berfesyen la.
( tapi aku melihat, lelaki apa kurangnya.. )
kadang - kadang aku bertanya ,
KENAPA AKU MEMPUNYAI JERAWAT ?
oh, ibu ku pernah berkata ,
" itu kerana kamu tidak pandai menjaga muka sejak sekolah rendah "
benarkah? aku tidak sedar ketika aku "bertemu" jerawat pertamaku
aku memicitnya tanda geram dengannya
dan nampaknya kaum sekutu jerawat itu ingin membalas dendam !
aish(--")
kadang - kadang aku bertanya ,
KENAPA AKU TIDAK DILAHIRKAN SEBAGAI MANUSIA YANG HOTS ?
ingin tahu sebabnya ?
aku rasa menjadi hots sangatSANGAT menarik !
tapi menjadi seorang yang LOW CLASS juga apa kurangnya .
itu bermakna aku tidak mempunyai STALKERS !
kadang - kadang aku bertanya ,
KENAPA AKU SUKA/CINTA KEPADA SEORANG LELAKI CINA ?
ingin tahu sebabnya ?
aku rasa LELAKI MELAYU tidak sebaik LELAKI CINA tersebut
( benarkah ??)
kadang - kadang aku bertanya ,
KENAPA OTAK AKU TIDAK PANDAI SEPERTI PARA GENIUS DI LUAR SANA ?
oh, seorang kawan ku berkata ,
" kau malas belajar, sebab itu kau tidak pandai "
dan mahu saja aku berkata ,
" wau, kata-kata kau memang agak kurang sopan "
ingin sahaja aku membunuhnya pada ketika itu .
HAHA :D
kadang - kadang aku bertanya ,
KENAPA AKU TIDAK DILAHIRKAN DALAM KELUARGA YANG KAYA ?
ingin tahu sebabnya ?
kerana banyak benda dalam dunia ini ingin aku miliki
tapi sekiranya keluargaku kaya
kami mempunyai risiko akan dirompak sebulan sekali
jadi, eloklah kehidupan serba sederhana begini (",)
kadang - kadang aku bertanya ,
KENAPA DAN KENAPA AKU AGAK BANYAK SONGEL ?
itu kerana aku juga seorang manusia
yang sentiasa dilanda masalah
aish(--")
sori kalau-kalau entry kali ini sangat membosankan =,="
~ DA n ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kutukan ?:
Post a Comment